Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Israel dilapor bertindak menahan Menteri Pertanian Palestin, Sufian Sultan ketika beliau sedang menuju ke Hebron, semalam.
Sumber memberitahu, tentera Israel menghentikan kenderaan yang membawa Sultan dan memaksanya keluar sambil mengacukan senjata ke badan menteri berkenaan.
Kementerian mengecam tindakan Israel itu sambil menyatakakan ia melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Tindakan keterlaluan tentera Israel itu dilihat sebahagian daripada serangan berterusan Zionis terhadap rakyat Palestin di wilayah yang diduduki. - Press TV
24 Disember 2018 - 17:51
News ID: 921996
Tentera Israel dilapor bertindak menahan Menteri Pertanian Palestin, Sufian Sultan ketika beliau sedang menuju ke Hebron, semalam.